Get this widget here

Thursday, June 9, 2011

teromaph mastor





koleksi terompah mastor

SEMUGA TEROMPAH AKAN BERADA DI TEMPAT YANG SEWAJARNYA...http://www.mastorwoodenarts.com/..

terompah gantung

terompah gantung didinding,menarik bukan!!

Tuesday, June 7, 2011

terompah

ini terompah yang agak moden,menarik bukan!! so ape tungu lg,lawatilah website saya(mastor)

terompah mastor

terompah mastor

terompah mastor

TEROMPAH MASTOR diperbuat dari bahan kayu tempatan, seperti kayu Getah,kayu Pulai,kayu Durian dan lain2 kayu yang jenis ringan serta ulet dri serangan Anai2 , Bubuk dan juga Eter2.Dibangun dan di adaptasi dari konsep penggunaan terompah tradisional.
Rekaan bentuknya direka dengan gaya simple dan bersahaja, Sesuai dengan imej gaya santai Jawa Klasik Kuno.Tebal tapak nya setinggi 35mm, lebar dan panjang disesuaikan mengikut saiz kaki pemakainya.
Sabuk sendal kakinya diperbuat dari bahan kulit, Fabrik,Polyester,dan juga plastic lembut dengan hiasan corak bunga, manik dan kerompol bunga2 tempatan.Anika warna yang digunakan untuk sendal kaki ini adalah padanan sesuai untuk rekabentuk sesuatu jenis terompah yang dikeluarkan olih MASTOR TUAH.
Pada bahagian atas badan dan tepit erompah ini akan di corakkan menggunakan kaedah cetak tampal, lukisan tangan atau balutan fabric corak batik,awan larat,Geomitri,dan juga motif Flora dan Fauna.
Ada juga corak2 yang direka khas mengikut kemahuan atau tempahan pelanggan individu atau kumpulan,Corak2 yang dihubungkaitkan dengan kegiatan atau hobi.Jenama kenderaan seperti Land Rover,Harley Davidson,Norton,BSA,dan lain juga di keluarkan olih MASTOR TUAH.
TEROMPAH MASTOR adalah salah satu garapan seni kreatif MASTOR TUAH yang popular dikalangan peminat dan pengemar terompah di Malaysia.Kegunaan nya samada untuk pemakaian basahan, koleksi atau dekorasi ruang rumah.
Rekabentuk nya yang tersendiri, rengkas tapi menarik ,menampilkan pemakaian Gaya Santai jawa Klasik.Penuh dengan variasi ceria dan elegan.
Terompah kayu adalah sejenis aksesori pelapik kaki, alas kaki,sandal, Selipar atau kasut yang diperbuat dari kayu ringan tapi tahan.Terompah dilengkapi dengan sabuk sandal kaki yang diperbuat dari kulit,Poleyster,getah atau bahan plastik yang lembut supaya selesa dipakai.
Terompah kayu adalah sejenis alaskaki ciptaan manusia yang direka untuk melindungi tapak kakinya daripada terpijak benda tajam seperti duri, batu kerikil, duri dan sebagainya.Rekabentuk nya yang mudah dan praktikal sangat sesuai untuk tujuan melindungi tapak kaki manusia.
Dengan kerajinan dan kretiviti manusia, terompah di buat dan direka dengan rekaan yang bermacam bentuk sesuai dengan budaya dan seni pertukangan sesuatu bangsa atau kaum itu sendiri.Bagitu juga dengan aksesori pada sabuk sendal kaki.Untuk tambah menarik dan menampakkan seni kerajinan tangan kaum atau bangsa pemakainya, maka ditambah pada terompah itu rekaan corak motif lukisan juga ukiran.

Monday, June 6, 2011

mastor terompah

MASTOR WOODEN ART adalah unit pemasar barangan senikraf yang berasaskan kayu yang di keluarkan olih MASTOR TUAH.Barangan kraf yang dikeluarkan seperti Terompah, Lastik,Capung (Pendekut), dan lain-lain.Barangan ini dikeluarkan dalam bentuk asal tradisional untuk kegunaan cenderahati, hadiah dan juga koleksi.Namun buat masa ini Terompah kayu adalah barangan yang banyak dikeluarkan dan dipasarkan olih MASTOR WOODEN ART.Memandangkan barangan ini adalah barangan yang mempunyai ramai pengemar dan peminatnya.Terutama kepada mereka yang berminat dan mempunyai nostalgia pada Terompah kayu ini.

sejarah kontemporari

TEROMPAH KOMTEMPORARI

V E R S I J A W A K L A S I K

OLEH

Haji Kamdi Bin Kamil

Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor..

DAN

MASTOR TUAH

Di Malaysia, apabila disebut terompah maka secara otomatik akan merujuk kepada masyarakat Cina atau Baba Nyonya.Warna terompah yang lazim dipakai olih masyarakat ini biasanya di cat dengan warna merah terang.Diperbuat dari bahan kayu jenis ringan.Penyendal kakinya diperbuat dari bahan plastic atau getah berwarna merah,hijau atau pun hitam…
Di negeri Melaka budaya memakai terompah masih ujud sampai sekarang walaupun tidak bagitu meluas penggunaan nya.Masyarakat cina dan Baba Nyonya menggunakan Terompah untuk berjalan keliling rumah ,dalam rumah.juga tempat sekitaran yang berhampiran. Namun penggunaan nya hanya di pelopori olih golongan orang orang tua..Golongan muda tidak berminat untuk menggunakan nya mungkin rekabentuk nya yang agak ketingalan. Ditambah dengan adanya pengeluaran bermacam rekabentuk kasut atau alas kaki yang mutahir dan memenuhi selara pemakai pada hari ini…
Di negeri Melaka masih terdapat kilang Terompah tradisional yang diusahakan olih orang Cina yang di warisi dari perusahaan keluarga nya..Malah ada terdapat juga Kilang yang mengeluarkan terompah dalam bentuk pengubahsuaian untuk dijadikan barangan hadiah atau penggunaan biasa…Pembuatan terompah mengalami kemajuan dari segi rekabentuk dan motif corak pada permukaan dan keliling badan terompah.Kini wujud rekaan baru dan lebih komtemporari.Kita bolih berkunjung ke Jalan Hang Kasturi, Melaka untuk mendapatkan sepasang terompah atau cenderamata berbentuk terompah…
Menurut ahli sejarah dari Yayasan warisan Johor,Haji Kamdi Bin Kamil,bahawa terompah mula digunakan sebagai pelapik atau alas kaki atau selipar atau dikenali juga sebagai capal kayu lebih dari 700 tahun dahulu.Bangsa yang mula-mula sekali menggunakan dan mereka bentuk terompah ialah orang-orang Belanda,Memakai terompah menjadi sebahagian besar penduduk Belanda. Seorang ahli arkeologi Belanda telah menemui specimen tertua terompah pada tahun 1990.Mengikut kajian saintifik pentarikhan daripada kayu terompah itu telah diperbuat pada tahun 1270 iaitu lebih dari 700 tahun dahulu.
Memakai terompah telah menjadi tradisi dan budaya di Negara belanda,Menyebabkan kilang atau kedai-kedai membuat terompah muncul ratusan bilangannya. Disetiap Bandar dan pekan di Negara Belanda pada tahun 1850an.Pada pertengahan abad ke -20 (1950),Negara Belanda menghasilkan
Sembilan juta pasang terompah,hampir menyamai bilangan 10 juta penduduk Belanda ketika itu. Terompah Belanda bukan sahaja menjadi pakaian harian mereka tetapi sebagai produk pelancungan dan membekal 90% keperluan terompah dunia.Terompah yang dihasilkan bukan sahaja sebagai pakaian alas kaki tetapi sebagai produk seni kraf dalam bentuk rantai kunci,kotak simpanan wang dan bentuk-bentuk menarik lain.
Di Negara Belanda terompah dipakai oleh pekerja kilang,peladang dan nelayan.Untuk memenuhi keperluan itu,lebih kurang 350,000 pasang terompah di hasilkan setahun dengan menggunakan pokok pirus,poplar dan willow.Dalam setahun memerlukan 6000 batang pokok tersebut, seramai 120 orang pekerja untuk menghasilkan 2000 pasang terompah sehari.
Di Malaysia terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik,Kerana selipar atau alas kaki yang diperbuat dari kayu ini mewakili masyarakat Cina,Baba nyonya,Melayu,Jawa dan juga India.Kegunaan utama terompah ini ialah untuk dipakai di bilik air,Tandas dan persekitaran rumah..Dalam masyarakat melayu dan Jawa, terompah dipakai juga untuk ke Masjid dan surau.
Penggunaan terompah di Negara Malaysia bermula pada pertengahan abad ke 17.Pada tahun 1641, bilamana Orang-orang Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.
Sebelum itu Bangsa Belanda telah menjajah Pulau Jawa, ratusan tahun dan budaya pemakaian terompah telah mempengaruhi masyarakat Jawa disana.Oleh kerana reka bentuk nya yang ringkas dan mudah disesuaikan dengan penggunaan bahan tempatan iaitu kayu yang mudah didapati di Pulau Jawa..menjadikan terompah sangat praktikal digunakan untuk rakyat kebanyakkan hingga golongan bangsawan dan juga kraton.Walaupun rekabentuk badan nya sama namun perbedzaan dari corak, ukiran,tambahan aksesori seperti perak, tembaga,suasa malahan saduran emas pada tombol penyendal kaki nya membuatkan semua orang akan segera tahu status pemakai terompah itu…
Di Negeri Johor terompah diperkenalkan olih Orang-orang Belanda kepada masyarakat Johor Lama disepanjang Sungai Johor pada awal abad ke 16.Apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahu 1511, Belanda mengadakan hubungan perdagangan dengan Johor di beberapa pelabuhan yang juga menjadi pusat pemerentahan seperti di Kota johor Lama, Kota Seluyut,Kota Tinggi,Kota Batu Sawar dan Kota Panchor.Barang perdagangan bukan sahaja terdiri dari tembikar,kain, senjata malah terompah Belanda juga turut dibawa sebagai barang dagangan Orang-orang Belanda.

PESAN PESAN DI LATARWANGI

PANTUN LATARWANGI

Latar wangi siap sudah,
Rumah cantik atas bukit,
Kemas barang bolih lah pindah,
Duduk sini bercucu cicit.


Rumah cantik atas bukit,
Senang hati dipandang orang,
Hidup bahagia tidak sakit,
Nikmat kita budinya orang.


Senang hati dipandang orang,
Biru kuning warnanya terang,
Kalau dikenang budinya orang,
Wajah ceria hatinya lapang.
Biru kuning warnanya terang,
Nampak dari seberang jalan,
Cantik lagi dibulan terang,
Tamu datang ikhlas dilayan.





Nampak dari seberang jalan,
Bunga wangi menghias laman,
Kalau syukur jadi amalan,
Fikiran kusut jadi aman.







Bunga wangi menghias laman,
Laman nya luas tempat mainan.
Tidak malu taulan dan teman,
Kalau penghuni melempar senyuman.



Laman nya luas tempat mainan,
Pohon kemboja banyak dahan,
Layanan ikhlas buah sajian,
Buruk sangka mainan syaitan.


Pohon kemboja banyak dahan,
Unggas terbang hinggap disitu,
Baik buruk jadi ukuran,
Mulia hati sukar ditiru..

Unggas terbang hinggap disitu,
Bumbung tinggi burung bersarang.
Jadikan adab nombor satu,
Betapa mahal budinya orang.

Bumbung tinggi burung bersarang,
Gaya sahaja seni cantuman,
Mungkin tinggi di kira orang,
Entah kosong disisi Tuhan.

Bumbung tinggi burung bersarang,
Gaya sahaja seni cantuman,
Mungkin tinggi di kira orang,
Entah kosong disisi Tuhan.

Tampak payah tidak disusahkan,
Upah tukang bukan balasan,
Tidak terbalas segala kesusahan,
Hanya ALLAH beri balasan.

Syaitan tak henti menghasut,
Kata pujian umpama rumput,
Hanya ENGKAU yang aku maksud,
Keredhaan MU yang aku tuntut.

Hanya kesombongan yang di akibatkan olih menurut saja bisikkan syaitan itu sangat melampaui batasnya.
Maka termasuklah kita dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat.

Sembahyang nya banyak,rajin beramal bukan ukuran untuk manusia berhati mulia,

Sesungguhnya kunci syuirga itu tak dapat dibuka olih banyaknya amalan kita,
tetapi olih kerana kemurahan Allah dan kerendahan hati kita disisi ALLAH swt.

TEROMPAH KU

DI AJAR ATAU BELAJAR ATAU KENA AJAR SAMA JE TUJUAN NYA..

bunga dan wanita

bunga? kenapa dengan bunga? siapa suka bunga,ramai sukan kan,aku pun suke,walau pun bunga lebih kepada sifat lembut dan sentimental,tapi bagi aku bunga melambang kan seoarang wanita yang cantik dan diminati

gemuk dan penyakit

kita melihat gemuk dari sudut positive atau negative? kl saya melihat nya sebagai satu simbol makan berlebihan,bagaimana dengan anda,?adakah ini sebagai sesuatu yang buruk atau baik? terpulang bagaimana anda melihat nya....

Sunday, June 5, 2011

WASA-WAS BISIKAN SYAITAN SERU KEJAHATAN

Was-was bisikan syaitan seru kejahatan


Berita Agama MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia.

Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu:
# Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi se rangannya.

# Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya.

# Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia.

Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.

Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

WILALONG

PESANAN
HANDPHONE
>> +6012 -7957 256 MAHANI
PEJABAT;
>> +607-5584 362,
>> +607-5544 716,
>> +607-5540716...
FAK;
>> +607-5541 530

LASTIK KU


LASTIK KAYU ADALAH SENJATA MAINAN KANAK-KANAK, TERUTAMA KANAK-KANAK LUAR BANDAR. ALATAN MAINAN INI BIASANYA DIBUAT SENDIRI OLIH KANAK-KANAK TERSEBUT.BAHAN YANG DIGUNAKAN BIASANYA DARI ANAK-ANAK POKOK KAYU YANG BERCABANG.BENTUK CABANG BIASA NYA SUDAH TERBENTUK DENGAN SENDIRINYA PADA DAHAN POKOK TERSEBUT.CABANG POKOK SENDUDUK SELALUNYA BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK INI.SELAIN ITU DAHAN POKOK JAMBU BATU,POKOK KOPI,KAYU LEBAN DAN POKOK-POKO KAYU HUTAN YANG KERAS DAN TAHAN BOLIH DIGUNAKAN.KADANG-KADANG BATANG BULUH PUN BOLIH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK.MEMBUAT LASTIK DARI CABANG POKOK KOPI ATAU JAMBU BIASANYA TIDAK DIGALAKKAN OLIH ORANG TUA-TUA PADA MASA IYU,,SEBAB POKOK-POKOK TERSEBUT ADALAH POKOK YANG MENGELUARKAN HASIL TERUTAMA POKOK KOPI.

MAINAN LASTIK INI AGAK BAHAYA SEBAB PELURU YANG DIGUNAKAN DARIPADA BIJI KOPI,BATU ATAU BUAH-BUAH YANG KERAS BOLIH MENDATANGKAN KECEDERAAN JIKA TERKENA PADA BAHAGIAN BADAN KITA,EMAK BAPAK CUKUP RISAU JIKA DILIHAT ANAK-ANAK BERMAIN LASTIK,TAKUT KENA KEPALA KAWAN-KAWAN KITA TERUTAMA BAHAGIAN MATA.

ALASAN KUAT UNTUK IBU BAPA MEMBENARKAN BERMAIN LASTIK IALAH BILA DI BERITAU LASTIK YANG DIBUAT INI DIGUNAKAN UNTUK MELASTIK TUPAI.SEBAB TUPAI ADALAH BINATANG PEROSAK YANG SELALU MENGGANGU TANAMAN SEPERTI BUAH2AN ATAU BILA TUPAI MEMAKAN BUAH KELAPA TANAMAN ORANG-ORANG KAMPUNG.TETAPI KANAK-KANAK KALAU SUDAH BERMAIN LASTIK, LEBIH-LEBIH KALAU DALAM KUMPULAN MAKA APA SAJA YANG MELINTAS DIHADAPAN SEMUANYA MENJADI SASARAN,BURUNG ,AYAM,KAMBING,LEMBU DAN LAIN-LAIN BAGI MELEPASKAN GERAM ATAU MENUNJUK HANDAL.SETIAP KANAK-KANAK AKAN MENGANTUNGKAN LASTIK PADA LEHER MASING-MASING.SEMENTARA PELURUNYA AKAN DI ISI PENUH DALAM KOCEK SELUAR.
EMAK BAPAK SEKALI LAGI AKAN MENUNJUKKAN CURIGA KALAU PELURU YANG DIGUNAKAN DARI BUAH KOPI, SEBAB BUAH KOPI ADALAH SUMBER PENGHASILAN YANG BOLIH DIJUAL BAGI MEMBELI BARANG KEPERLUAN..

lastik ku

LASTIK KAYU ADALAH SENJATA MAINAN KANAK-KANAK, TERUTAMA KANAK-KANAK LUAR BANDAR. ALATAN MAINAN INI BIASANYA DIBUAT SENDIRI OLIH KANAK-KANAK TERSEBUT.BAHAN YANG DIGUNAKAN BIASANYA DARI ANAK-ANAK POKOK KAYU YANG BERCABANG.BENTUK CABANG BIASA NYA SUDAH TERBENTUK DENGAN SENDIRINYA PADA DAHAN POKOK TERSEBUT.CABANG POKOK SENDUDUK SELALUNYA BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK INI.SELAIN ITU DAHAN POKOK JAMBU BATU,POKOK KOPI,KAYU LEBAN DAN POKOK-POKO KAYU HUTAN YANG KERAS DAN TAHAN BOLIH DIGUNAKAN.KADANG-KADANG BATANG BULUH PUN BOLIH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK.MEMBUAT LASTIK DARI CABANG POKOK KOPI ATAU JAMBU BIASANYA TIDAK DIGALAKKAN OLIH ORANG TUA-TUA PADA MASA IYU,,SEBAB POKOK-POKOK TERSEBUT ADALAH POKOK YANG MENGELUARKAN HASIL TERUTAMA POKOK KOPI.

MAINAN LASTIK INI AGAK BAHAYA SEBAB PELURU YANG DIGUNAKAN DARIPADA BIJI KOPI,BATU ATAU BUAH-BUAH YANG KERAS BOLIH MENDATANGKAN KECEDERAAN JIKA TERKENA PADA BAHAGIAN BADAN KITA,EMAK BAPAK CUKUP RISAU JIKA DILIHAT ANAK-ANAK BERMAIN LASTIK,TAKUT KENA KEPALA KAWAN-KAWAN KITA TERUTAMA BAHAGIAN MATA.

ALASAN KUAT UNTUK IBU BAPA MEMBENARKAN BERMAIN LASTIK IALAH BILA DI BERITAU LASTIK YANG DIBUAT INI DIGUNAKAN UNTUK MELASTIK TUPAI.SEBAB TUPAI ADALAH BINATANG PEROSAK YANG SELALU MENGGANGU TANAMAN SEPERTI BUAH2AN ATAU BILA TUPAI MEMAKAN BUAH KELAPA TANAMAN ORANG-ORANG KAMPUNG.TETAPI KANAK-KANAK KALAU SUDAH BERMAIN LASTIK, LEBIH-LEBIH KALAU DALAM KUMPULAN MAKA APA SAJA YANG MELINTAS DIHADAPAN SEMUANYA MENJADI SASARAN,BURUNG ,AYAM,KAMBING,LEMBU DAN LAIN-LAIN BAGI MELEPASKAN GERAM ATAU MENUNJUK HANDAL.SETIAP KANAK-KANAK AKAN MENGANTUNGKAN LASTIK PADA LEHER MASING-MASING.SEMENTARA PELURUNYA AKAN DI ISI PENUH DALAM KOCEK SELUAR.
EMAK BAPAK SEKALI LAGI AKAN MENUNJUKKAN CURIGA KALAU PELURU YANG DIGUNAKAN DARI BUAH KOPI, SEBAB BUAH KOPI ADALAH SUMBER PENGHASILAN YANG BOLIH DIJUAL BAGI MEMBELI BARANG KEPERLUAN..

satu lastik buatan tangan yang sempurna.
lastik ini diperbuat dari kayu jati

kelongsong tembaga digunakan utk kemasan
Dua lapisan kulit dijahit tangan untuk dijadikan tempat anduh peluru

Lastik yang telah siap dan bolih digunakan

Lastik yang sudah siap di masukkan dalam kotak untuk kenangan
Tersimpan rapi dalam kotak kenangan
Muariff belum masa untuk bermain lastik
Lapisan kayu jati yang digam dengan gam khas,menghasilkan lapisan tone warna.Bertambah cantik dan menarik bila kemasan terakhir di sapu dengan lapisan terang lutsinar kalis air.

janda

TEROMPAH INI DIREKA DENGAN BEGITU MENARIK SEKALI.KALAU DILIHAT IA MMNG KLASSIC DAN MODEN

asal terompah

Bakiak sebutan di daerah Jawa untuk sejenis sandal yang telapaknya terbuat dari kayu yang ringan dengan pengikat kaki terbuat dari ban bekas yang dipaku dikedua sisinya. Sangat popular kerana murah terutama dimasa ekonomi susah sedangkan dengan bahan kayu dan ban bekas membuat bakiak tahan air serta suhu panas dan dingin. Bakiak ini umum digunakan di kampung kelahiran saya, untuk digunakan saat pergi ke sumur, ke kamar mandi atau ke tempat-tempat yang basah dan kotor.

Saat masih kecil saya terbiasa memakai bakiak ini kemana-mana agar kaki tidak kotor atau terkena pecahan kaca, dan yang lebih penting lagi ibu sangat kawatir anak-anaknya ketularan lepra karena tetangga kampung kami ada yang kena lepra dan mereka sering lewat jalan di depan rumah. Saat itu memang alas kaki sehari-hari berupa bakiak, hanya kalau ke sekolah atau ke kantor menggunakan sandal. Seingat saya untuk beli sandal atau sepatu, ayah dan ibu harus memesan lebih dulu di toko sandal di samping alun-alun kota kami, karena harganya cukup mahal, apalagi untuk sepatu sandal ukuran kecil yang cocok bagi anak-anak ibu.

Apakah bakiak yang sederhana ini masih sering ditemui sekarang? Ternyata saya menemukan bakiak ini beberapa waktu yang lalu. Suatu ketika, saya ingin sholat di mushola dari hotel yang terletak di daerah Ciloto, di depan mushola berjejer bakiak yang sederhana, seperti saat saya kecil. Hal yang luar biasa karena sudah lama tak melihat bakiak sederhana seperti ini, kalaupun melihat di pasar, biasanya sudah dalam bentuk warna-warna yang indah. Usut punya usut, rupanya bakiak tersebut digunakan untuk mengambil air wudhu, yang letaknya disamping mushola. “Kenapa tidak disediakan sandal jepit?” tanya saya. “Soalnya kalau disediakan sandal jepit, akan sering hilangsedang jika disediakan terompah nyaris tak pernah hilang,” kata petugas yang menemani saya ke mushola.



Terompah



Bakiak atau terompah ini, didaerah Parahiangan lebih berwarna warni, biasanya dipakai oleh para mojang Parahiangan.

madu tiga

aku dah bosan dgn hidup aku sekarang!! kata dollah kawan aku sedih lagi sayu
kenapa? soal ku pelik selalu kamu tak macam ni dollah ,kenapa cube cite kat aku ni
sambung ku lagi,
dollah hanya diam .namun dari lirikan mata nya aku dapat rasakan yang kawan baik aku ni ada masalah,cume bentuk nya aku tak pasti.....setelah diam seketika dollah mulai menarik nafas dalam2 .yaa aku pasti itu tanda dia akan bercakap
begini man .aku ni dah tua ..tapi cube kamu tgk rakan ku yang lain semua bahagia dgn isteri masing2 tapi aku? jawap dollah panjang lebar...aduhhhh berat ni kata ku dlm hati je....abih kenapa dgn kamu nya .kamu kan ade isteri ......
yela mmng la aku ade isteri yang aku bosan tu bile aku minta nk kawen lagi satu dgn janda tu dia tak bg ...aaa yang teruk nya lg siap suruh aku tidur luar....tu aku bosan tu.........huhuhuhu bab ni aku tak tau la nk kata apa......wakakakkaka dlm hati je takut terasa plak dollah ni

the actor

manis bagaikan gula

aduhhhhhhh!!! takle tahan beb aku tgk dia ni.pehhhhhhh manis nya lain macam siot
Powered By Blogger