TEROMPAH KOMTEMPORARI
V E R S I J A W A K L A S I K
OLEH
Haji Kamdi Bin Kamil
Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor..
DAN
MASTOR TUAH
Di Malaysia, apabila disebut terompah maka secara otomatik akan merujuk kepada masyarakat Cina atau Baba Nyonya.Warna terompah yang lazim dipakai olih masyarakat ini biasanya di cat dengan warna merah terang.Diperbuat dari bahan kayu jenis ringan.Penyendal kakinya diperbuat dari bahan plastic atau getah berwarna merah,hijau atau pun hitam…
Di negeri Melaka budaya memakai terompah masih ujud sampai sekarang walaupun tidak bagitu meluas penggunaan nya.Masyarakat cina dan Baba Nyonya menggunakan Terompah untuk berjalan keliling rumah ,dalam rumah.juga tempat sekitaran yang berhampiran. Namun penggunaan nya hanya di pelopori olih golongan orang orang tua..Golongan muda tidak berminat untuk menggunakan nya mungkin rekabentuk nya yang agak ketingalan. Ditambah dengan adanya pengeluaran bermacam rekabentuk kasut atau alas kaki yang mutahir dan memenuhi selara pemakai pada hari ini…
Di negeri Melaka masih terdapat kilang Terompah tradisional yang diusahakan olih orang Cina yang di warisi dari perusahaan keluarga nya..Malah ada terdapat juga Kilang yang mengeluarkan terompah dalam bentuk pengubahsuaian untuk dijadikan barangan hadiah atau penggunaan biasa…Pembuatan terompah mengalami kemajuan dari segi rekabentuk dan motif corak pada permukaan dan keliling badan terompah.Kini wujud rekaan baru dan lebih komtemporari.Kita bolih berkunjung ke Jalan Hang Kasturi, Melaka untuk mendapatkan sepasang terompah atau cenderamata berbentuk terompah…
Menurut ahli sejarah dari Yayasan warisan Johor,Haji Kamdi Bin Kamil,bahawa terompah mula digunakan sebagai pelapik atau alas kaki atau selipar atau dikenali juga sebagai capal kayu lebih dari 700 tahun dahulu.Bangsa yang mula-mula sekali menggunakan dan mereka bentuk terompah ialah orang-orang Belanda,Memakai terompah menjadi sebahagian besar penduduk Belanda. Seorang ahli arkeologi Belanda telah menemui specimen tertua terompah pada tahun 1990.Mengikut kajian saintifik pentarikhan daripada kayu terompah itu telah diperbuat pada tahun 1270 iaitu lebih dari 700 tahun dahulu.
Memakai terompah telah menjadi tradisi dan budaya di Negara belanda,Menyebabkan kilang atau kedai-kedai membuat terompah muncul ratusan bilangannya. Disetiap Bandar dan pekan di Negara Belanda pada tahun 1850an.Pada pertengahan abad ke -20 (1950),Negara Belanda menghasilkan
Sembilan juta pasang terompah,hampir menyamai bilangan 10 juta penduduk Belanda ketika itu. Terompah Belanda bukan sahaja menjadi pakaian harian mereka tetapi sebagai produk pelancungan dan membekal 90% keperluan terompah dunia.Terompah yang dihasilkan bukan sahaja sebagai pakaian alas kaki tetapi sebagai produk seni kraf dalam bentuk rantai kunci,kotak simpanan wang dan bentuk-bentuk menarik lain.
Di Negara Belanda terompah dipakai oleh pekerja kilang,peladang dan nelayan.Untuk memenuhi keperluan itu,lebih kurang 350,000 pasang terompah di hasilkan setahun dengan menggunakan pokok pirus,poplar dan willow.Dalam setahun memerlukan 6000 batang pokok tersebut, seramai 120 orang pekerja untuk menghasilkan 2000 pasang terompah sehari.
Di Malaysia terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik,Kerana selipar atau alas kaki yang diperbuat dari kayu ini mewakili masyarakat Cina,Baba nyonya,Melayu,Jawa dan juga India.Kegunaan utama terompah ini ialah untuk dipakai di bilik air,Tandas dan persekitaran rumah..Dalam masyarakat melayu dan Jawa, terompah dipakai juga untuk ke Masjid dan surau.
Penggunaan terompah di Negara Malaysia bermula pada pertengahan abad ke 17.Pada tahun 1641, bilamana Orang-orang Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.
Sebelum itu Bangsa Belanda telah menjajah Pulau Jawa, ratusan tahun dan budaya pemakaian terompah telah mempengaruhi masyarakat Jawa disana.Oleh kerana reka bentuk nya yang ringkas dan mudah disesuaikan dengan penggunaan bahan tempatan iaitu kayu yang mudah didapati di Pulau Jawa..menjadikan terompah sangat praktikal digunakan untuk rakyat kebanyakkan hingga golongan bangsawan dan juga kraton.Walaupun rekabentuk badan nya sama namun perbedzaan dari corak, ukiran,tambahan aksesori seperti perak, tembaga,suasa malahan saduran emas pada tombol penyendal kaki nya membuatkan semua orang akan segera tahu status pemakai terompah itu…
Di Negeri Johor terompah diperkenalkan olih Orang-orang Belanda kepada masyarakat Johor Lama disepanjang Sungai Johor pada awal abad ke 16.Apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahu 1511, Belanda mengadakan hubungan perdagangan dengan Johor di beberapa pelabuhan yang juga menjadi pusat pemerentahan seperti di Kota johor Lama, Kota Seluyut,Kota Tinggi,Kota Batu Sawar dan Kota Panchor.Barang perdagangan bukan sahaja terdiri dari tembikar,kain, senjata malah terompah Belanda juga turut dibawa sebagai barang dagangan Orang-orang Belanda.
0 comments:
Post a Comment